Tuesday, July 14, 2009

Save Money & Get More Money

HMEO Holdings
Perjuangkan Ukhwah Jihad Ekonomi Muslim
LATAR BELAKANG HMEO HOLDINGS:~

HMEO Network merupakan sebuah syarikat milik Bumiputera Muslim yang didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada 1 Disember 2008 dengan no.pendaftaran syarikat 001813788-H. HMEO Holdings adalah nama singkatan atau akronim bagi perkataan HELP MUSLIM EACH OTHER (HMEO).

HMEO Holdings telah dibuat kajian selama hampir 13tahun oleh pengasasnya ENCIK IRWAN BIN ALIAS sebelum membuat pendaftaran secara sah. HMEO Holdings sebenarnya hanya menyediakan satu sistem yang mana semua ahli dan juga usahawan yang berada dibawah naungannya menggunakan satu modul yang dikenali sebagai "Pelan Pemasaran INFAK 261". HMEO Holdings menggunakan Modal Insan dan tidak sesekali mengenakan sebarang kutipan bayaran daripada ahli seperti yuran pendaftaran dan juga tidak akan membuat sebarang pembayaran kepada ahli dengan erti kata lain sebagai pembayaran keuntungan.

MATLAMAT HMEO HOLDINGS:~

HMEO Holdings merupakan sebuah syarikat berteraskan ilmu pengetahuan dan matlamat kami adalah untuk menyalurkan maklumat berupa ilmu pengetahuan tentang kaedah dan cara berniaga yang betul, cepat dan selamat. Hari ini, HMEO Holdings bukan mencari peluang perniagaan baru atau pun mencari peluang pasaran baru tetapi ia menggunakan satu sistem yang mampu untuk mempertingkatkan ekonomi Bumiputera. Bersandarkan prinsip yang luhur dan murni pihak syarikat mensasarkan untuk melahirkan usahawan yang mana ahli HMEO Holdings menjana pendapatan sekurang-kurangnya 5 angka sebulan secara PASIF(tetap) setiap bulan di bawah 12 bulan pertama tanpa perlu pergi menjual dan mengeluarkan modal tunai perniagaan.
MISI:~

Misi utama HMEO Holdings ialah Mengukuhkan Pengurusan Kewangan & Penyediaan Pengurusan Risiko melalui tiga Jihad utama iaitu Jihad Menjamin Pendapatan DIRI, Jihad Meningkatkan Ekonomi DIRI, dan Jihad Membantu Sesama Muslim & Ummah.

VISI:~

Visi Utama HMEO Holdings pula ialah ingin melatih dan melahirkan bakal-bakal usahawan Bumiputera Muslim untuk tidak bergantung kepada pinjaman perniagaan sehingga tidak mampu membayar balik pinjaman. HMEO Holdings mendidik dan melahirkan usahawan yang mampu menjana sendiri sumber kewangan yang berterusan dan serta belajar menyediakan pelan pemasaran perniagaan melalui HMEO Holdings agar tidak wujud masalah kegagalan dalam perniagaan secara percuma.


OBJEKTIF HMEO HOLDINGS:~

1) Mewujudkan label Islamik melalui HMEO Holdings di seluruh kawasan dan negeri di Malaysia.
2) Mewujudkan platform rangkaian perniagaan bumiputeramuslim di bawah satu label islamik melalui HMEO Holdings.
3) Menguasai pasaran bumiputera muslim dan menjana ekonomi ummah serta berurusniaga sendiri.
4) Memaksimakan penggunaan dan penggabungan modal insan dan kuasa berbelanja seluruh ummah bumiputera muslim di Malaysia yang dianggarkan seramai 14 juta orang.
5) Memanipulasi ekonomi Sosialis dan Kapitalis sedia ada dengan mempraktikkan sistem HMEO Holdings berteraskan ekonomi Islam yang mapan serta mampu menghadapi tribulasi ekonomi global dalam urusniaga harian.
6) Memulakan langkah berdikari dari kelompok akar umbi sehingga ke peringkat kelompok atasan dengan membentuk asas perjuangan jihad ekonomi yang kukuh serta berdaya saing untuk jangka masa panjang.
7) Mendidik dan membuat anjakan paradigma cara berfikir anak bangsa bumiputera muslim agar tidak leka dan memahami peri pentingnya bidang ekonomi kepada diri sendiri dan ummah.
8) Menyelamatkan Ketuanan Melayu yang menjadi hak mutlak ummah Melayu Muslim agar generasi akan datang tidak terpinggir di negara sendiri.
9) Membina Kepimpinan Bumiputera Muslim agar dapat berusaha dan berdiri di atas kaki sendiri dengan tidak mengharapkan semata-mata bantuan kerajaan.
10) Membina dan memupuk keharmonian dan menghormati hak bangsa dan agama lain sebagai makhluk ALLAH S.W.T.
11) Menyatupadukan umat Islam di Malaysia dengan mengenepikan idealogi politik yang makin memecah-belahkan bangsa.
12) Menegak, menjaga serta memartabatkan Agama Islam dan Bangsa Melayu dengan menggunakan kaedah dan pelaksanaan jihad dalam perjuangan membina kekuatan ekonomi.
13) Perjuangan ini bukan hanya untuk kejayaan diri semata-mata tetapi merupakan ibadah bagi semua umat MELAYU ISLAM untuk pulang semula ke Jalan Agama dengan tidak mementingkan keduniaan semata-mata.
14) Menyediakan peluang Pekerjaan & Perniagaan kepada Siswazah yang menganggur @ atau mereka yang ingin mendapat pendapatan lebih agar dapat menjaminkan lagi masa depan mereka dan keluarga.

PELAN PEMASARAN INFAK 261:~

Falsafah perniagaan kami adalah berdasarkan ayat Al-Qur'an, Surah Al-Baqarah ayat 261 yang bermaksud:-

" Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya kepada jalan ALLAH ialah sama seperti sebiji benih yang menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), ALLAH akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNYA, dan ALLAH Maha Luas (Rahmat) kurniaNYA, lagi meliputi ilmu pengetahuanNYA. "

PRODUK:~

Gabungan Modal Insan Bumiputera Muslim dan Penjanaan Sumber Pendapatan Kewangan menjurus ke arah merealisasikan surah Al-Baqarah ayat 240 yang membawa pengertian seperti berikut:-

" Dan orang-orang yang (hampir) mati di antara kamu serta meninggalkan isteri, hendaklah berwasiat untuk isteri-isteri mereka, iaitu diberikan nafkah saguhati(makan pakai dan tempat tinggal) hingga setahun lamanya, dengan tidak disuruh pindah dari tempat tinggalnya. Kemudian jika mereka keluar(dari tempat tinggalnya dengan kehendak sendiri) maka tidaklah kamu bersalah (wahai wali waris si mati) mengenai apa yang mereka (isteri-isteri itu) lakukan pada diri mereka dari perkara yang patut (yang tidak dilarang Syara') itu. Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana ".

MAKLUMAN:~

HMEO Holdings merupakan satu kaedah perniagaan yang 100% tidak sama dengan sistem yang ada hari ini seperti MLM, Perniagaan Internet, Pelaburan Skim Cepat Kaya, Ejen Insuran, Sistem Binari, Sistem Piramid atau apa sahaja sistem yang wujud pada hari ini. Dengan ini, sistem HMEO Holdings bolehlah di anggap yang pertama di Malaysia dan tidak mustahil juga yang pertama di dunia. Apa yang HMEO Holdings lakukan hari ini adalah Jihad Ekonomi Muslim di bawah satu Label Islamik yang tidak ada agenda-agenda tersembunyi seperti politik, persatuan dan sebagainya.

"KATA-KATA PENGASAS"
HMEO HOLDINGS

Bangsa Melayu Islam perlu PERKASA EKONOMI dengan membina & menguasai pasaran EKONOMI MELAYU pada hari ini dan esok hari. Bukan bergelar MELAYU LAYU dalam bidang ekonomi. Jika tidak generasi akan datang makin tertindas dan terjual di atas tanah tumpah darah sendiri. Menyatukan Ukhwah MODAL INSAN adalah kunci kepada kejayaan Ekonomi Melayu Islam pada masa hadapan. Jihad Ekonomi ini memerlukan SISTEM PINTAR yang mana ia bukan semata-mata dengan kata-kata dan usaha sahaja. Perjuangan ini bukan hanya untuk kejayaan diri semata-mata tetapi ianya juga merupakan ibadah untuk semua umat MELAYU ISLAM untuk pulang semula ke Jalan Agama dengan tidak mementingkan keduniaan semata-mata.

Kejayaan HMEO Holdings hari ini ialah dengan melaksanakan Formula:~

MODAL INSAN
(Bumiputera ISLAM)
+
SISTEM PINTAR
(HMEO Network)
=
PERKASA EKONOMI

IRWAN BIN ALIAS
Pengasas HMEO Holdings

Anda boleh melayari http://www.hmeo.com.my/ atau menghubungi 013-7444742 / 013-7744743 untuk keterangan lanjut.

Sila Hubungi:-

HMEO Holdings,
Saudara Meor,
Pengarah HMEO / Deputy President HMEO Holdings,
Phone Number: 03-55110842
H/Phone Number:- 013-7444742 & 013-7744743
Email :-kfadlimestor@hmeo.com.my

Rakan-rakan seperjuangan di HMEO:~
1) Redza - 019-3555153
2) Hakeem (Leader Putrajaya) - 0193568408
3) Hafeez - 017-2607318
4) Asr (Leader Kedah) - 0174050540
5) Mohd Shahril (Leader JB,Jhr) - 012-6423725
6) Shahrul Zamri (Leader Klang,Selangor) - 016-2315315
7) Azizul Hakim - 019-3137268
8) Noraini - 016-3414430
9) Mohd Hafiz - 017-6872067
10) Ery - 012-5940824
11) Azrul (Leader Bayan Baru,Penang) - 019-4477779
12) Fariz (Leader Butterworth,Penang) - 013-4523896
13) Anas - 019-6587979
14) Razali - 016-4233779
15) Masliawati (Leader Muar,Jhr)- 012-2290374
16) Abdullah - 013-4886108
17) Khir Johari - 012-2140937
18) Zul UiTM -013-4037308
19) Farhan (Leader Melaka) - 017-6442446


6 comments:

  1. meor... leh ke aku promote blog ni??
    ni yus klang... hehehe...

    ReplyDelete
  2. leh jer yus...xdehal pnya..lenx ko direct ask aku pn xper..kite kqn HMEO(Help Muslim Each Other) ('o')

    ReplyDelete
  3. Halal ke???kalau produk yang betul2 produk takde, hukumnya haram...sama cam skim cepat kaya ni..produk cuma ilusi je...10 org dicari, then cuma 5 je lekat kat kita...yg 5 lagi pi bagi kat founder la, pengurusan laa, memperkenalkan laa...ape2 laaa...bukan ke mengambil kesempatan namanya tu..hishhh

    ReplyDelete
  4. kne faham konsep INFAK dl..iaitu membelanjakan harta ke jalan ALLAH..if sume org minded still arrogant+xikhlas,mmg xkan dpt bantu dr sndr+org lain..so fikir2kanlah..produk ialah perkhidmatan dlm HMEO(help muslim each other) sgala pertanyaan+perbincangan bleh hubgi sy skiranya xfaham lg konsep HMEO..salam.. P/S:banyak yg saudara xtau mngenai HMEO network,sy sndr salah sorg Team Mobile HMEO yg bergerak scara aktif-spenuh masa coz ade bantuan dsebalik 10cari-lekat 5 yg saudara cari..keikhlasan amatlah penting utk memahami+join HMEOnetwork..

    ReplyDelete
  5. salam geng..ko tukar kan no fon aku geng..mane la tau ade prospect call aku ke.?hhehe..-afies asb

    ReplyDelete
  6. Saudara GAGAK yang dihormati, 9/10 rezeki datangnya dari perniagaan manakala 1/10 rezeki datangnya dari sumber yang lain. Namun 1/10 juga mewakili 1 bahagian kita punya dan sembilan bahagian adalah HAK orang lain. Mengamalkan budaya Islam bukannya mudah untuk diterima dan kami amat memahaminya (bakal ditomah sebagai membawa ajaran sesat), namun jika kami tidak memulakannya boleh saudara GAGAK mulakannya??

    Kenapa saudara perlu menginfakkan 5 orang modal insan ke atas adalah latihan untuk saudara menginfakkan HARTA ke jalan ALLAH pada masa akan datang.

    Cuba kita kembali ke zaman Rasulullah swt. Baginda menyeru seluruh umatnya untuk menginfakan harta mereka bagi membantu meringankan bebanan tentera pergi berperang (jihad), namun sekarang TIDAK ADA lagi konsep perang dengan berbunuhan sebab semuanya telah berubah. Peperangan (Jihad) Ekonomi amat perlu untuk kita bagi menebus kembali Martabat Orang Melayu yang sekarang ni pun seolah2 menumpang di negara sendiri akibat dari kelemahan ekonomi.

    Oleh yang demikian, jika disemak balik Ayat 261 dalam surah Al-Baqarah, maka benarlah firman Allah itu.

    Jika saudara GAGAK masih lagi khuatir dan ragu-ragu mengenai perniagaan ini, silalah datang ke seminar dan jumpa saya ataupun saudara Pengasas untuk diberi penerangan sejelasnya. Tujuan kami bukan nak memujuk saudara menyertai kami, tetapi untuk berpesan-pesan kepada kebenaran (surah Al Asr)bagi mengelakkan dosa memfitnah singgah di bahu saudara GAGAK.

    Saya mohon maaf atas perkataan atau ayat yang mungkin mengguris hati saudara GAGAK. Saya menunggu anda untuk menyebarkan Ilmu yang ditimba selama 13 tahun ini.

    Sekian, terima kasih.

    ReplyDelete